A Rock Coral Reefs Resort

A Rock Coral Reefs Resort

Pada 2017, A Rock Group telah mendirikan A Rock Coral Reefs Resort, iaitu satu tempat rekreasi dan penginapan ikonic yang bertema Maldives Signatures Villa di antara salah satu lokasi terbaik di Pulau Langkawi. Ia merupakan sebuah villa yang berada di atas bukit dan ia dikelilingi hutan.

A Rock Coral Reefs Resort mempunyai sebuah kolam renang bernama, ‘the Pool of Stars’ dan ia dikelilingi oleh bilik penginapan mewah. Dengan itu, pada masa pagi, pengunjung akan bangun dan melihat pandangan yang menarik, berpunca daripada cahaya matahari yang bersinar pada ‘the Pool of Stars’ yang berwarna biru. Pada waktu malam, cahaya bintang akan direnung pada ‘the Pool of Stars’ dan pandangannya seumpama mutiara-mutiara di atas kolam renang tersebut.

Oleh itu, ia akan membawakan emosi yang romantik dan memberi setiap rakan pengunjung satu memori luar biasa yang akan diingati seumur hidup.

Maka, kita mengalu-alukan penginapan kamu di A Rock Coral Reefs Resort pada penjungungan kamu ke Pulau Langkawi yang seterusnya.

Penginapan Selesa

Resort kita mempunyai 72 bilik penginapan dan ia dipecahkan kepada 3 buah kategori yang berbeza: (a) Forest Retreat (b) Pool View dan (c) Pool Connect.

Setiap bilik memiliki sama ada satu king-sized bed ataupun dua single bed. Bagi bilik penginapan kita, reka bentuknya bertema Simplicity dan Clarity. Katil-katil yang diberikan adalah dihasilkan daripada getah asli dan oleh demikian, adalah lembut tetapi memberikan sokongan badan yang kukuh. Bilik mandi kita adalah ditutupi oleh kanvas asli untuk menghasilkan satu pengalaman yang bersamaan Maldives.

Pandangan

Pengunjung dapat menikmati pandangan menarik secara peribadi seperti yang dikemukakan pada ‘The Pool of Stars’ sambil mendengar suara burung dan juga angin laut. Dengan itu, pengunjung boleh menikmati suasana yang nyaman dan sunyi semasa bersantai di A Rock Coral Reefs Resort.

Flora dan Fauna

A Rock Group berpandangan bahawa flora dan fauna yang dikelilingi resort kita adalah penting sebab ia menyegarkan udara dan memberikan naungan semula jadi bagi A Rock Coral Reefs Resort. Maka, kita akan memelihara habitat semula jadi di sekeliling kawasan resort.

Sebaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email