A Rock Limestone Resort

A Rock Limestone Resort

Dinamakan ‘The Santorini Resort’, ia akan terletak di atas hutan bukit yang bergelongsor, dikelilingi oleh kehijauan dan ia mempunyai satu pandangan laut yang menarik di Pulau Langkawi. Ia adalah sebuah projek pembinaan yang unik bagi A Rock Group dan inspirasinya berpunca dari pemandangan Laut Aegean di negara Yunani (Greece).

A Rock Group akan membina rumah kaca, ‘Santorini Glass House’ dan ia akan menjadi satu tempat pelancongan yang terkenal dan ia boleh digunakan untuk mengadakan perkahwinan, pemajlisan, dan pesta-pesta lain. Kita berjangka dan berharap ia akan menjadi satu tempat yang ‘instagramable’ bagi pengunjung di A Rock Santorini Resort.

Penginapan Selesa

Resort kita mempunyai 100 bilik penginapan dan ia dipecahkan kepada 3 buah kategori yang berbeza: (a) Family Room (b) Couple Room dan (c) Pool Room.

Family Room mempunyai sebuah bilik masak kering, ruang tamu, dan balkoni.

Kita mempunyai 2 jenis Couple Room, satu dengan ruang duduk dan satu tanpa ruang duduk.

Pool Room merupakan bilik penginapan yang mempunyai kolam renang secara peribadi dan pengunjung dapat menikmati pandangan laut yang menarik dari balkoni mereka masing-masing.

Pandangan

Pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbenam dengan rakan- rakan, keluarga ataupun pasangan mereka sewaktu berenang di ‘Infinity Pool’ yang terletak di tepi ‘Santorini Glass House’.

Flora dan Fauna

A Rock Group berpandangan bahawa flora dan fauna yang dikelilingi resort kita adalah penting sebab ia menyegarkan udara dan memberikan naungan semula jadi bagi A Rock Limestone Resort. Maka, kita akan memelihara habitat semula jadi di sekeliling kawasan resort.

Sebaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email